masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, January 25, 2012

al amanah annadamah !

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin apakah dia telah menjaga kepemimpinannya atau mensia-siakannya “ ( hadis riwayat Ibnu hibban)


okkea. pmbka post aq nie pasal amanah. hehe. smua dah tau kan yg kite nie sbgai khalifah Allah nie msti, WAJIB ada amanah. iaitu, amanah sbgai ciptaan Tuhan. kite nie hdup untuk beribadah kpda Tuhan. bukan hdup tuk saje2 kan.. hehe. tp. slain drpda amanah tue, kbnyakan kitanie ad jgakkan amanah len.meh nk citer psal amanah ke atas aq. tuk tahun 2012.


kt rumah : jd anak solehah dn lain2.
kt skolah : briged cyber, ajk koprasi, naik pngerusi klab sukan badminton,
naik bndahari rumah sukan sumaiyah ( kuning )
kt asrama : ktua dorm, ajk exco sukan.


meh nk oyk cket2 keje.  lau briged cyber tuh, mace kait2 nge kmputer lah keje dy. awl2 nie, bz sbb briged dpat blik baru. mklumla kan ada bngunan baru kt skolah.so, kene la angkat2 kmputer, hias blik, susun2 meja n len2 lah. tp kdng2 aq skip jgok. sbb rmai ahli briged nie brulang, dyorng wat time hari mggu n kbtulanlah mggu tue plajarasrma balik. hehe.:)


keja ajk koop lok agak2 bz. malam2 kno bkop koop lpas smaye tuh. tggu la spa xdop oe. kade2 sapa kul 930. lpas tuh kno sipe2 lok. susun air, sipe mkanan n len2 lah. mmg bz. kade2 tue xsmpat nk wat keje skolah . redha je lah..


keja naik pngerusi kelab badminton lop kena handle time pjumpaan. mklumlah pengerusi tue form 5. n dyeorang cbok ngan extra. hehe. penad lah jgok. tp sbentar jah :) tp spanjang tahun tue aq ngn setiausaha keno siapkan fail tahunan lah. bnda tue pentim sbb lau nazir dtng dy nk tengok:)


keja ketua dorm lok aq kena jadikan ahli dorm aq tue mace usra.. waa, rmainya ank buah aqu.. 24 orng :) insyaAllah aq jaga dyorng sbaiknya. tapi, tanpa kjasama mereka semua xkan bjalan ngan lancar lah tugas aqu. insyaAllah dyorng tolom. stiap mggu datang tuh, aq kene tnda khadiran, lapor kerosakan n ape2 jelah ~


erm. xdop dh kot. malas lah citer sal tugas len :) tadaa.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Monday, January 23, 2012

10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. :




1. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)


2. Memberi bantuan keewanganAda ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.



3. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.



5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”



7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.



8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.



9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.



10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk kita berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)