masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 28, 2012

Nasihat Imam Syafie memilih kawan.

Dear blogger! Hey! :D
Anda ada pengalaman sekolah, kan?
Best tak? Atau tidak? Aduh ! 
Mas baca satu buku hari ni. Buku seseorang. 
Mas nak kongsi satu je kut hari ni. Tentang kawan.
Nasihat Imam Syafie memilih sahabat :

'Kawan ketawa memang mudah dicari, tetapi kawan menangis sukar ditemui.'

Memang sukar mencari erti persahabatan sejati. Mereka yang bersahabat dengan hati yang tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. 

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. 
Sukar mencari sahabat pada waktu susah. Sahabat yang setia susah ditemui dalam duka. Sedangkan, hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 

Pada waktu senang, sudah biasa ramai yang iri hati,
namun apabila giliranku susah mereka bertepuk tangan. 

*Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh. 
*Jika aku sakit, tiada seorang pun menjengukku. 
*Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati.
*Jika hidupku berselimut derita, mereka bersorak-sorai.

Mengasingkan diri lebih baik dari bergaul dengan orang jahat. 

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri dari aku harus bergaul dengan orang jahat. 

*Nasihat-nasihat Imam Syafie*

Kebanyakannya betul apa yang dinasihatkan. Lebih baik jauhkan diri, kalau tiada sahabat yang sanggup menjadi sahabat yang setia dan ikhlas.:)

p/s: aku bukan sahabat yang baik. ^^
aku cuba menjadi seorang sahabat yang baik.
mungkin gagal. kalau gagal, aku akan jauhkan diri dari sahabatku kerana aku tak nak sahabatku berkawan dengan orang yang tidak setia pade persahabatan iaitu aku. :)

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Ramadhan.

assalamualaikummm. hehe. bulan pose niem mas suke post sal tazkirahh.
*padehal xsempat nk post sal pekembangan* haha.
xpoelahhh. jumm bace :)
Marilah kita semua lihat apa yang perlu dan penting mengenai puasa di dalam bulan Ramadhan ini dan jalanilah ibadah puasa kita dengan sebaik-baiknya..
InsyaAllah !! setiap apa yang kita lakukan demi kebaikan akan mempunyai seribu pahalanya dan jauhilah diri kita dari melakukan sebarang keburukan moga amalan kita di dalam bulan yang mulia ini akan diberikan ganjaran yang diberkati Allah...Amin 

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Tuesday, July 24, 2012

13 Kesilapan dan Kesalahan Puasa

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-


1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.


5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.


6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan,
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).


11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur


"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

jum kita sama2 beramal. insyaAllah segalanya dilipatgandakan ganjaran pahala. insyaAllah :)

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)