masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, July 28, 2012

Nasihat Imam Syafie memilih kawan.

Dear blogger! Hey! :D
Anda ada pengalaman sekolah, kan?
Best tak? Atau tidak? Aduh ! 
Mas baca satu buku hari ni. Buku seseorang. 
Mas nak kongsi satu je kut hari ni. Tentang kawan.
Nasihat Imam Syafie memilih sahabat :

'Kawan ketawa memang mudah dicari, tetapi kawan menangis sukar ditemui.'

Memang sukar mencari erti persahabatan sejati. Mereka yang bersahabat dengan hati yang tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. 

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. 
Sukar mencari sahabat pada waktu susah. Sahabat yang setia susah ditemui dalam duka. Sedangkan, hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 

Pada waktu senang, sudah biasa ramai yang iri hati,
namun apabila giliranku susah mereka bertepuk tangan. 

*Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh. 
*Jika aku sakit, tiada seorang pun menjengukku. 
*Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati.
*Jika hidupku berselimut derita, mereka bersorak-sorai.

Mengasingkan diri lebih baik dari bergaul dengan orang jahat. 

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri dari aku harus bergaul dengan orang jahat. 

*Nasihat-nasihat Imam Syafie*

Kebanyakannya betul apa yang dinasihatkan. Lebih baik jauhkan diri, kalau tiada sahabat yang sanggup menjadi sahabat yang setia dan ikhlas.:)

p/s: aku bukan sahabat yang baik. ^^
aku cuba menjadi seorang sahabat yang baik.
mungkin gagal. kalau gagal, aku akan jauhkan diri dari sahabatku kerana aku tak nak sahabatku berkawan dengan orang yang tidak setia pade persahabatan iaitu aku. :)

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

No comments:

Post a Comment