masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, November 19, 2012

Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik
matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.
boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga
12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam
dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: 
”sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan,
kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang
Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca
rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali,
dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali,
nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.
” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan
solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni
dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing
 persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah,
dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid
(ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap
ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam
kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan
jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu,
cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.
” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) 

jumm amek mase 5minit solat sunat Dhuha .
semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
*PrayForGaza !


SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

2 comments:

  1. bagus2. sama2 kita amalkan :)
    Salam pkenalan. sila2 la follow sy http://myobssesi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hehe. insyaAllah :) salam perkenalan jugak :)

    ReplyDelete