masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H :)


errr. bialahh. lewat doh sehari,.
smalam nk update tadop mood laahhh.
tatau bakpoe.
jummm nyanyi lagu hijrah niee.
aaaa. misss koe Pquanz laaa,
skalii nge ustazah skali.
sbb sokmo time lepas buat taranum
ajak ustazah nyanyi laguu niem.
ahhaaa.

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman

"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

DOA AKHIR TAHUN
MAKNANYA :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...

DOA AWAL TAHUN
MAKNANYA :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...
semoga tahun hijrah ini lebih baik drpda tahun sblum nie yaaa.
yangg mana baik amik jadi pedoman dan yg xbaik tunggal jauhh2.
ambil yang jernih dan buan yg keruhh ek ;) 
semoga amalan kita di terima Allah dan insyaAllah
di balas dgn pahala untuk bkalan syurga nantii. selamat beramal !

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

No comments:

Post a Comment