masdiyana's blog. welcome earthlings!

LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, December 28, 2013

Juniors.


In the end we will remember not the words of our
enemies but the silence of us.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Tuesday, December 10, 2013

DHY

Dewan exam whoooo . Alhamdulillah kami dapat
exam dengan tenang, selesa, aman.
tadokk la blackout gapo semo .
xkenaa tempiass hujan . hikhik. tempias ?
piahh la seney :D
gonna miss. akuuu duk depan sekalih :(
depan meja pengawas. sobbbb3

Dewan Haji Yaakob


there are lots of sighing,
there are lots of complaints,
heard,
while walking into this hall.

somehow, all of us gonna miss that very moments.
cause it is once in a lifetime experience ever.
let the memories last forever <3 div="">
#SarahAfifah


SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Rindu ;'(

Baco laa smeta klu anda free gak.a short letter specially made for naimians gang SPM 2013.
Okey mula2 aq tk sero gapo2 pung maso kelik dumoh, just sedeh sikik2 jahlaa sbb nk tinggal saeng, tapi lepah beberapa hari duk dumoh . i realized how the changes happen little by little, one by one. Masih segar dalam ingatan aq moment2 dgn geng naimian slama 5 tahun nih. And nothing to say, memey sebok lah sero bilo ingat balik. Trutama budok asrama. Budok bruley pung aq rindu tapi, asrama lagi laa sbb memey bulih kato kito spend time 5 tahun duduk sebumbung ,lagi lamo dri duduk rumoh sdiri. Ko gano? Klu dulu kito sokmo denga bndo ginih:

Weh sapo dio paka lipa aq eh
Eh pinje hanger
Rama lagi ko tuh, ore duk basuh
Ma nk kelik
Nok pinje bekah bulih
Sapo ado bekah
Weh aq bru jah terik cadar uh
Thanks banyok weh
G sejid g sejid blako
Turun2 rolcall
Ustaz mari ko dok 
Tokdey aku nk buat homework nieh
Gerok aq 5 minit ag deh
Jom g skali
Sapo ngelah tutup lapu
Sapo ado duit skeleng, nk tuka
Serabuk laa aq huk jung ngambak pung
Weh yolo ko ado spo check ai nih
Ai ujey ujey nih sedak tido
Koop bukok dok
Lapa aq sapo ado makaney
Aq ado sekuk,mu nok
Bukok locker aq tengok bowoh skali
Nk shower sikik nk wak basuh tangey
Nk turun kul brapo makey
Ado orey pah mu? Aq lepah mu deh
Oloh malahnyo nk g skoloh
Cepak cepaklaa nk abih spm
Weh tutup pitu dorm nuh masuk kucing kae
Sapo tohok sapoh ai nih?
G panggil pok gak nuh
Eh panggil derah laa pok gak nih dio tk denga sikik
Eh menu gapo ai nih weh
Huk aloh make soto hari ni
*laungan dri atas dorm; weeeeyyy make gapo dmas
Ado prep dok maley nih
Mung ngatuk ko
Heh kuat teh sengguk
Ado rollcall ko maley nih
Mu g outing mano
Sapo g outing kbmall aq nk kirim bndo
Weh mu nk g mano, tolong beli coolblog so kapku
Mu siap dh karangey huk cikgu bagi
Mu mesti baco bnyok dh kae
Mu buat dh nota , pinjam 
Koya mung, mung banyok agi
Beci aq kak tuh wie aye kecik kapku
Sapo makey isi, nk tuka dok
Eh plug dorm nih jadi dok
Aa gano nih takdok air, nk mandi ganooo
Sedak jugok sambal dmas
Jom g beli keda kak ti
Sapo ado baldi , nk pinje baldi
Eh aq gosok pah mung deh
Kak ti bukok dok keda, lapa eh
Ado crito hatu dok? Jong tengok cito atu
Al mulk al mulk mari mari baco al mulk dulu
Weh ore wak liqa doh uh , pahni ah sambung
Lamo teh, berok ko
Eh tandah mano huk jadi nih
Eh ata buku ata buku blako cikgu nk esok dh
Weh adik mu ko tuh, (smbil tunjuk ko budok form 1)
Bayar blako dh ko nih pitih jamue ,sapo tk bayar lagih
Ya Allah sebok aku
Pah nk g klinik ko dok nih?

Rindu Naim Lilbanat. Rindu asrama. Rindu dorm. Rindu Tieyra, Hanis, Ruzanna, Hanan nge Ayunie. Rindu SF. Rindu batch 96. Rindu 5US. Rindu gi kantin sekali. Rindu cikgu-2. Rindu nabati koop. Rindu deskmate. Rindu Godday. Rindu megi goreng + air bandung Kak Tie. Rindu pedah kapey. Rindu burger Abe Ngoh. Rindu megi tom yam Zainieda. Rindu megi siam kedai Allah Maha Melihat. Rindu lokceng. Rindu wafer Billion. Rindu coolblog Billion. Rindu food court Billion. Rindu tahuu? HAHA

Tapi loni, its all remain silence. Menyepi. Tkdok doh gegey2, kalut2 supo dulu. Kito besa dh kae. Tpi tkdok laa besa sangat. Budok xmatured blako lgi. Nmo jah reach puberty, huk nyo duk brung gaa lagi kat koridor asrama.yang tuu jee yang masih sempat aq rakam dale memory palo ni. Sebelum dio terhapus one by one,baik aq list. So that it will be the moments with no ending. An eternal Friendship.

I hope that you’ll never forget me, and of course i’ll never forget you guys. Thanks for entering one of the chapter in my life, and make it colourful as i could never imagine.the new chapter was just going to start guys, so brave yourself,and we gonna face it together, although the distance may seperate our body, but not our heart. I hope so. Aq sayey mung. pah2nie gapo2 masaloh tu nk ceritoo pun boleh . on jah . pah kalu nikoh esok2 ajokkla . haha . insyaAllah ado rezeki kita jumpa lagi :) 

#edit from Intan dengan Nazyy.

Kenangku dalam doamu :) 



SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Sunday, March 24, 2013

SALAM SEJAHTERA

Tiada secantik bahasa mu

Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera




SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Thursday, February 14, 2013

SAY NO TO VALENTINES DAY !

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.

Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.

Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.”Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut yg bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut,seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park,Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
marilaaah sama2 kitaaa beramal makruf nahi mungkar. buaat ape amalkan amalan orang kafir kaaan ? lagipuun, kitaaa sayang tiap2 hari. boleh jer nk sambut bilaaa2, bukaaan 14februari jer :P tuuu punn kalau xlehh nk okkk lajop. ehhh. JAUHILAAAAAAH MAKSIAT :) 


SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul :)

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-
" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :

Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.
[QS Al-Ahzab : 56]

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw:
“Adakah yang demikian itu dengan kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".

Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapathijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat,maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitudiperkenankan” .

Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata :
“Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat
berselawat ke atasnya”.

Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.

"YA ALLAH,,dihari yg penuh kemulian ini,ampunilah dosa2ku yg lepas & yg akan dtg..maafkn hambamu ini yg terlalu bnyk dosa. Ya ALLAH,lindungilah aku,ayahku,ibuku,keluargaku,guru2ku,sahabat2ku,kenalanku dan semua hambaMU ini. lindungilah kami Ya ALLAH & jauhknlah kmi dri perkara yg tidak diingini. Redhailah kmi utk menuju jalanMu YA ALLAH.."
sesungguhnya, 
kami, umatmu amat merinduimu ya rasullullah :)



SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA :)